Saturday, September 24, 2011

Si Polan bin Polan yang HARU!!!


"Waaaalah!!! Kepala migrain, kerana duk memikirkan seorang manusia ni, yang sangat-sangat suka menyakitkan hati"

Ayat di atas adalah ayat yang kini berlegar di dalam kepala otakku. Sampai bila la ye nak macam tu? Penat tau nak fikir. Anyway, banyaklah sekali persoalan dalam fikiran ku sekarang ini. Bagaimanapun, hendak ditahan-tahan, haruslah aku menahan kan? Nasib dah macam ni?

Aku berpegang pada prinsip bahawa, semuanya akan kembali berkeadaan baik jika kita terus bersabar. Membuang jauh-jauh, emosi yang kurang baik, berfikir tentang perkara yang gembira2 saja, dan membiarkan mereka yang ada hasad dengki, terjun dengan labu masing2. Macam si Luncai...

Dunia ni banyak dugaan. Tapi, andai kita bijak, dugaan ini semua mampu mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berfikiran jauh ke depan. Justeru, kenapa perlu runsingkan kepala dengan benda-benda yang "ntah ape2" tu kan? But, still, susah juga sebenarnya nak lari dari keadaan. Kita pegi sini, ada orang ganggu, kita pegi sana, ada orang kacau, kita duduk sini, ada orang tak puas hati, kita buat macam tu, ada orang sakit hati. So macamana? Selalunya, aku akan:

1. Diam;
2. Fikir;
3. Bertenang;
4. Buat keputusan; dan
5. Bertindak.

Langkah-langkah menyelesaikan perkara-perkara nonsense. Tapi walaupun kadang-kadang tak berkesan, aku buat juga la. Kalau tak menjadi tu, pandai-pandailah cari alternatif lain.

So kepada si POLAN bin POLAN yang asyik tak puas hati tu. Aku sebenarnya dah buat keputusan, untuk menghindari diriku dari mu. Sebab kehadiran mu umpama duri dalam daging, yang hanya menyebabkan kesakitan. Ko PAHAM?

Sekian :)


Sunday, September 4, 2011

Kisah si Luncai yang tak tau bila agaknya nak terjun dengan Labu2nya ~

"Al kisah, maka adalah sebuah negeri bernama Indera Pat, rajanya bernama Maharaja Isin. Maka negeri itu cukup lengkap seperti adat istiadat negeri yang lain-lain juga, tetapi baginda baru sahaja ditabalkan menggantikan paduka ayahanda dan bondanya, kerana baginda itu telah hilang keduanya. Maka isteri baginda itu bernama Tuan Puter Bongsu, ada berputera seorang, namanya Tuan Puteri Lela Kendi, telah berumur sepuluh tahun..." - Petikan cerita rakyat: Si Luncai


Apalah alkisahnya aku merepek ni kan? :p Tak de benda sebenarnye... Tak tau nak kaitkan dengan entry yang hendak ditulis ni... Tapi buat je lah kan?


Si Luncai ini seorang yang degil... tapi banyak akal...? Ingin mengadap rajanya, walaupun sering ditolak permintaannya, dia tetap berkeras dan sentiasa berakal untuk mencari jalan sehinggalah berjaya bertemu rajanya, tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi. - End up, dijatuhkan hukuman bunuh kerana menyamakan rajanya dengan ayahnya yang telah meninggal dunia. Bila? Aku tak tau sebab tak baca habis cerita itu. :p


Ni la dia, sesetengah orang kalau dia nakkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, dia akan buat apa saja termasuklah yang entah2... ~ Kadang2 tu tanpa memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku, tanpa menilai risiko yang bakal dihadapi... Sehingga sanggup menipu...:p


So kalau anda ingin menjadi si Luncai, ambillah teladan dan pengajaran yang baik daripadanya. Jangan menjadi Luncai yang pendek akal, yang tak tau apa sebenarnya yang dia sedang lakukan. Main reeeeedah! je kannn? Perasaan orang lain diketepikan, kepentindan diri sendiri diutamakan. 


Nah! Tuan tuan dan puan puan... 


Berakal biar bijak, jangan berakal tapi negatif... Berakal biar pandai, jangan berakal membodoh menyombong... Berilmu biar beramal, jangan berilmu disalah guna... Berhubungan biar jujur, jangan berhubungan tapi menipu sana sini... gitew (tiba2!!!) Nanti Luncai ntah ke mana, labunya pun entah kemana mana... ~


Selamat malam....


tHe_oNe

Tuesday, August 16, 2011

Masak-Masak: Bila aku dan geng masuk dapur!

Wah... Gambar apa kat atas ni? I can see, bawang, sayur kacang panjang yang telah di potong dan lain2... :p

Al kisahnye, malam tadi dalam kul 10.45 lebih skit, member call... ajak datang rumah dia, katenye nak masak2. Aku ni yang forever penat ni pun bergegas la katenye... pergi ngan kawan serumah, naik keta dia...

Sampai je kat rumah member tu, En Syidi dan En Mi... memang advance dorang ni, kitorang sampai je, bahan2 di atas telah tersedia... gitew...

Mari kita lihat, apa sebenarnya yang kami masak??? ~

Ha.. ni namanya Nasi... En Mi yang masak... Dia lah yang jadi ketua tukang masaknye malam tu... :)

 
Sosej / Hotdog... nak masak ape kononnye ni...?



Tu dia... tu tangan En Mi tengah menggoreng Ikan Bilis... nyummmmm ~



 En Mi kata, MAGGI CUKUP RASA JANGAN LUPA!!! :)



Hah... itu adalah hasil campuran daripada, sosej, kentang, maggi cukup rasa, dan kejap lagi dia nak masukkan kacang panjang yang telah di potong kecik2 tu...

DAN, setelah menunggu beberapa jam... (hehe bukan Jam la, beberepa puluh minit je)...

Presenting:::


Jeng Jeng Jeng... Siap!!! Meriah kan??? Ni namanya, HIDANGAN NASI LEMAK BERSANTAN bak kata En MI...

And apa sumbangan aku dalam hal ini?


Owh sumbangan aku selain Makan adalah, membawa makanan percuma yg diperolehi di office sebelum waktu berbuka, untuk dihidangkan bersama set makanan yang telah disediakan oleh En Mi... Tinggal panaskan je ye.. siap dah...

Selain itu... aku juga...

Tolong potong bawang je... hehehehehehe

Jom Makannnnnn!!!!! Burppp kenyang. Cuma satu je masalah, nasi yang En Mi masak tu tak berapa menjadi, nasib baik ada nasi percuma tu kan? Ada lah juga gunanya... Setelah kenyang, apa yang tinggal untuk dibersihkan???


Beras En Mi yang tak sempat betul2 jadik nasi ketika dimasak... :p :p :p

Basuhhhhhh...

Take Care ~

tHe_oNe

Monday, August 15, 2011

Penat Meletihkan


Nampak tak gamba kat atas ni? Kesiankan adik tu... penat betul dia. Tu mesti penat sebab menyepah2kan umah dia yg baru siap di kemas oleh mak dia... Aku macam tu la kot skarang ni. Penat je memanjang... macamane ye? Kesian...

Puasa di bulan Ramadhan. Biasa lah kan, tido lewat, bangun awal utk sahur (walaupun lepas tu boleh gak sambung tido kejap).... Bila sampai office je mata tu terus layu. kuyu. tak bermaya. Bila dah buat macam tu, terus la tak leh buat keje langsung. (merudum KPI, katenye. Tapi tak de lah sampai macam tu. Kena la paksa diri kan?

Rutin yang membuatkan aku jadi penat nak mam&^% ni adalah;

1. Tido lambat - Bangun awal. Dah tulis kat atas kan? Tu la dia, rutin tiap malam, tengah2 malam tu, Online, FBooking, Tgk Tv dll. Fuhhh... kenapa la aku ni kan? Cuba la buat benda2 yang berfaedah sikit.

2. Aktif sungguh di siang hari - Aktif ke sana ke mari di waktu keje. Wah, nak kata bersenam, tak langsung. Ni la, ke hulu ke hilir membawa kertas dan buat2 buzy di ofis. Orang pun ingat, "wah banyak keje betul budak tuh". hehehe... Tapi keje aku memang buat ye, jangan salah faham.

3. Penat sebab? Kurang bersenam kot. Orang kata, kalau kita rajin bersenam, kita jadi cergas bermaya dan bertenaga walaupun di bulan Ramadhan. Tapi aku akui, aku ni memang jenis yg malas sangat bersenam. Tapi kalau ajak buat senaman mulut dekat pusat Karaoke... LAJU!!! Bab2 melalak memang nombor satu walaupun suara tak sedap mana kan?

Dah cukup la tu 3... tak yah bagi lebih2...

So korang? (Entah ade ke tidak pembaca blog aku ni). Apa yang membuatkan korang penat dan letih di bulan puasa ni? Dan macam mana korang mengatasinya?

Selamatttttt~

tHe_oNe

Bila mata tak boleh tidur - Mari menulis... Kisah berangan di waktu malam...


Saat entry ini ditulis, jam di lappy menunjukkan pukul 1.38pagi... ESOK KERJA, dan my eyes masih ingin bersantai. Melihat dinding, siling, bantal dan merenung gelap malam... haih~ Esok MATA PANDA akan kelihatan di wajah ku yang tak berapa nak hensem ni... Gitew... ~

Kenapa tak boleh tidur? Owh... banyak "PIKIRAN" katanya. Banyak la benda yang difikirkan tu. Hati berkata... Tidurlah wahai jasad... Jasad juga mendambakan rehat... tapi otak memberontak... Jangan Tidur Lagi ~ (Feeling2 Adlin Aman Ramli kejap)....

Satu2 memori menerjah minda. Mata tebuka luas, hati berdebar, hmmmm dan mula lah semuanya mengganggu fikiran. So saat ini, apa yg sedang aku fikirkan adalah:

1. Kerja - Kat opis tu, ada few things menunggu untuk disiapkan... bertimbun-timbun katanya.. Bila dah masuk Ahad... adeh, terasa ada dateline mengejar dah ni... benda2 yang pending tu, kena la siapkan jugak kan... kalau tak, nah... jawab la sendiri! bla bla bla

2. Ramadhan dan Syawal - Ramadhan ni dah masuk hari yg ke 15... Owh, Raya dah nak sampai ni. Baju raya tak beli lagi. Kuih raya ?? Sorry, aku tak reti buat2 kuih ni. Nanti dah nak dekat raya, gi kedai and then tunjuk je... Lagipun, adik-beradik perempuan ramai... mereka pandai buat kuih, biskut raya. Tapi kena la jugak hulur bantuan kan? Bantuan dari segi? DUIT la apa lagi.... aiyoooo ~

3. Bila nak kaya? - Ha ni lagi satu... tiba2 terfikir, macamana nak jadi kaya raya macam Donald Trump? Hehehe... hidup aku ni sederhana saja la sebenarnye... SO sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang ada kan? Tak perlulah sebenarnya nak merungut dan mengeluh... tak baik...

4. Benda2 menyakitkan hati yang bakal berlaku, esok lusa tulat dan hari2 mendatang... - How to avoid this from happening? Hello, yakinlah pada Qada dan Qadar Allah.... hidup kita ni adalah atas ketentuannya. Susah senang itu hanyalah semata-mata ujian dariNYA terhadap hambaNYA. Betul tak? So, apa yang perlu dilakukan? Sentiasalah bersedia... ~ dan berdoa... ("muka suci")

5. Macamana aku nak buat blog aku ni jadi popular macam beautifulnara.com??? Gitew... hehehe... no, I am not writing about kisah2 dan gossip2 artis... jadi tak perlulah nak berfikir ke arah itu buat masa ini kan? Sabar je la dulu, cari lah benda lain untuk diceritakan...

Dan akhir sekali:

6. NAK MAKAN APA UTK SAHUR PAGI NI? Kawan2... tolong jawab boleh....??? Dapur kat umah ni dah jarang berasap, sebab tak de benda utk di masak... :p :p :p

Aku nak paksa diri utk tidur... esok adalah realiti yang perlu aku hadapi... sesunggunya itu bukan mimpi... Jadiiiii... Good Night Folks!!!!!!!... eh, hujan turun la... :) Zzzzzz...

Salam Ramadhan Kareem....

tHe_oNe

Sunday, August 7, 2011

Bazaar Ramadhan - Kisah perut yg kelaparan


Hari ni, first time pegi bazaar ramadhan setelah 6 hari berpuasa. Nah! biasalah kan kalau tengah lapar, kalau boleh semua lah nak di beli. Hosemate tak de, dia balik kampung. So, aku pun dah tak de kawan, pegi la bazaar. Dalam kepala, nak beli utk sahur sekali.

Gerai pertama yang dilalui merupakan gerai buah yang ada menjual durian. 1 peket RM4 ye, ada 4 ulas dalam peket. Dalam hati, tak pe lah, balik nanti baru beli. So, jelajah mencari makanan berbuka pun bermula.

Kisahnya:

1. Mula2 beli Bubur Kacang. Aku memang suka sangat makan bubur kacang ni. Nape tah. Nampak sedap la kan, kelihatannya. Harga RM2. (*kat umah time berbuka, baru tau tak sedap huhuhu).

2. Jalan2 lagi dan belilah agar2. 2 ketul RM1. Maknanya, seketul 50sen. Nasib baik sedap :p

3. Dari gerai ke gerai, mata melilau, kaki dah rasa penat, aku beli lagi. Kali ni lauk pulak. Kari ikan and kari ayam - RM6 ringgit. (*saat post ini ditulis, kari ikan tu tak sentuh lagi).

4. Jalan2 lagi, beli la pulak Popia - RM1 3 ketul. (*rasa dia... tak nak komen la)

5. Dah otw nak balik ni (masih di kawasan bazaar), beli pulak sayur pucuk ubi masak lemak... - one of my favourites as well. RM2

6. Beli air jagung RM1 :)

7. Last sekali, lalu kat gerai buah mula2 tadi yang ada duriang tu. Kaching!!! RM4 for 1 peket durian. Fuhhh, terasa berat je tangan aku yang kurus ni kan... hehehe

Dah, balik... dah sampai kawasan rumah, aku borong lagi nasi putih 2 bungkus RM2.20

So, 2 + 1 + 6 + 1 + 2 + 1 + 4 + 2.2 = RM19.20... Kos berbuka aku (+ sahur, kononnye) pada hari ini... errr, padahal makan sorang ni. haiyooooo... HARUS BERINGAT lepas ni sebab aku telah "membeli lebih dari apa yang diperlukan" ~

hmmmmm....

tHe_oNe 

Saturday, August 6, 2011

Tak semua orang bernasib baik


The color of life... hidup ini macam2... suka senang duka susah... memberi seribu erti pada diri sendiri... hidup penuh warna... coraknya pelbagai... warna yang kadang menjadi lambang bagaimana perjalanan hidup ini berlangsung...

Tidak semua orang bernasib baik... kita mungkin merasakan kita sudah melakukan sesauatu yang terbaik... dengan harapan, kita mendapat sesuatu yang terbaik juga. Namun, tidak semua yang diinginkan, boleh menjadi kenyataan... Boleh saja menjadi sekadar mimpi.

Banyak betul kenyataan hidup yang kita harus hadapi kan? Menginginkan sesuatu, tapi belum tentu kita mampu memiliki apa yang diinginkan. So, harusnya bagaimana dongggg? Apa yang perlu dilakukan lagi andai segala usaha titik peluh keringat menitis, tidak berbalas dengan apa yang dirasakan berbaloi? Adakah ia mungkin disebabkan soal nasib? rezeki? Orang kata, setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya... Dan memang betul sebetul2nya...

Things happen for a reason. Yes... that's it. Jadi, kesabaran itu memang perlu, dalam usaha kita mengejar impian. Sabar dengan ujian. Pasrah dengan ketentuan. Perlu tanamkan dalam hati bahawa. suatu hari nanti, pasti akan ada sinar harapan. Sebabnya, berputus asa bukanlah jalan terbaik dalam menentukan nasib diri sendiri.

Biarkan saja orang lain menari gembira, tapi jangan lupa, kita adalah kita... jadi diri sendiri... ~

Take cara... muahh!

tHe_oNe 

Monday, August 1, 2011

Its Ramadhan Again ~ 1st August 2011



Ramadhan datang lagi??? I was soooo excited actually. Dah lama sebenarnye tak rasa excited macam ni... since aku pun duduk di perantauan, jauh dari mum and dad... memang sebelum ni rasa tak berapa nak best.. tapi tak tau kenapa, tahun ni... rasa dia lain sikit...


So last night, I went to solat tarawikh, di Masjid berdekatan rumah tu... Alhamdulillah... Walaupun ada budak2 degil2 buat bising time solat... sekali kena jerit ngan pakcik sorang ni... teruss SENYAP!... Puas hati kite awak!!!...


Cakap pasal budak2 ni kan... teringatla zaman kanak2 aku dulu tu... bising pun memang le bising, tapi tak de la pulak sampai kena halau balik macam tu sekali kan?? heh... susah diorang nih.


So, ni dah Ramadhan.. semua orang sibuk berpuasa... Hari ini nak kongsi sedikit tentang pandangan peribada mengenai situasi orang zaman sekarang apabila tibanya puasa (Ramadhan):


1. Kad Raya: Ada member terima kad raya, not even ramadhan pun lagi... gitu, excited ye orang tu nak beraya... bermaaf-maafan...tak pe la, kalau puasa ko penuh bagus la kan?


2. Budak2 dah main mercun: Belumpun lagi tarikh puasa diumumkan, nah tu dia... budak2 kat area rumah aku tu... main mercun, bagai nak rakkkk....! bingit telinga la dik... main jauh2 boleh... tak payah la sibuk main merecun tuh... kalau hilang satu jari... sendiri jawab la... !


3. Iklan Raya: Sana sini iklan raya, SALE! JUALAN MURAH! POTONGAN 50%... Tapi satu-satunya iklan yang aku suka dan lebih berkaitan dengan Ramadhan ialah... Yusuffff Taiiyooobbbb ~ (baca dengan suara seakan berbisik ye... :p :p :p)


4. Bazar Ramadhan: Fuuuyooo... confirm la berjenis-jenis makanan akan dijual di Bazar Ramadhan tu kan... tempat favorite aku la tu petang2... hanya disebabkan kelaparan... semua benda aku rasa macam nak makan kan??? sampai rumah... tak habis... huh... so beringatlah... jangan membazir...


5. ORANG PONTENG PUASA: Kalau dah namanye orang malas nak puasa tu... hmmm jangan heranlah ye... orang macam ni suka buat alasan GASTRIK!... kena makan ubat.. tapi bila tgk... gaya, sihat walafiat je.... tak boleh ye macam tu... selagi diberikan kesihatan yang baik... berpuasalah di bulan Ramadhan... :) Jangan puasa je malas... tapi time Raya terlebih2 pulak...


So, semoga kita semua diberkati dan dirahmati di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini... Aminnnn


tHe_oNe