Friday, November 7, 2008

"BATU"

Batu!.....

Ada banyak jenis batu. kalau kita rungkaikan jenis-jenisnya, memang banyak. Tidak banyak fakta tentang batu yang saya tahu. Tetapi, kalau saya cube ingat-ingat, fikir-fikirkan, antara jenis-jenisnya adalah seperti, batu-bata; batu yang orang selalu gunakan untuk membina rumah tu. kalau belajar geografi, atau alam-dan manusia (subjek yang saya belajar di sekolah rendah dulu), ada lah pula batu-batan, batu kelikir...

kalau menonton cerita tv, ada pulak, batu belah batu bertangkup! itu cerita zaman p ramlee dulu. kalau yang sedand hangat ditayangkan di tv sekarang pula, Cinta Batu Belah, lakonan Elly Mazlein!.. kalau menonton atau membaca cerita dongeng, adalah pula batu hikmat... macam-macam..

kalau kita ke dapur, ada batu lesung!... alat tradisional yang digunakan untuk menumbuk bahan-bahan masakan seperti, bawang, cili dan sebagainya. tapi sekarang zaman sudah moden, jarang orang yang menggunakan alat itu. kebanyakannya memilih alat pengisar elektronik.. erk! itu tandanya, manusia sudah maju, dan teknologi pun bertambah majulah... lagi satu, ayah saya kalau hendak mengasah parang, dia akan menggunakan batu asah (pengasah)!

ermm... kalau kita ke kedai barang kemas, kita akan lihat batu permata. batu permata ni mahal harganya. itu pun kalau asli lah.. batu cincin, kita boleh buat cincin, letak la batu cincin. batu zamrud, batu jed, batu nilam... macam-macam lagi lah...

dalam banyak-banyak batu, salah satu batu yang berbahaya adalah, batu karang. sebab batu ini membuatkan manusia jadi tidak sihat... sakit.. dan sebagainya... kalau terkena batu ni, memang siksalah kiranya... (ya ALLAH, berikanlah aku kesihatan yang baik)....

tapi pembaca sekalian... ada satu jenis batu yang seharusnya kita jauhi... sungguh2... tahu apa dia? BATU API!!!!.. ya BATU API sangat berbahaya... maklum sahajalah kan... batu api boleh menimbulkan kemudaratan yang lebih besar daripada batu-batu yang lain. kalau kita berhadapan dengan batu jenis ini, kita kenalah berhati-hati... jangan sekali-kali tersilap langkah. batu api ni, boleh jadi "duri dalam daging"... kepanasannya mampu membakar apapun.. kepanasannya boleh mencetuskan bukan saja gempa bumi, malah boleh juga mengakibatkan "TSUNAMI"...

Oleh yang demikian, kalau jumpa batu jenis ini, pandai-pandailah jaga diri.....

p/s: seronok main batu seremban.....

Thursday, November 6, 2008

"BIARKAN MEREKA MENARI DI LUAR...."

Teringat zaman sewaktu saya belajar di Universiti dulu. banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan dan semuanya masih segar dalam ingatan saya. betullah kata sesetengah orang, "campus life" memang sangat menyeronokkan. tapi tidak dinafikan, kadangkala ada juga situasi yang membuatkan kita merasa tidak seronok dan gembira, sampaikan terfikir pula untuk berhenti belajar. namun saya amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian saya. yang pasti ilmu itu wajib dituntut...

Mengimbas kembali zaman universiti saya dulu, teringat pula saya kepada Allahyarham Prof. Zainal Abidin, yang mana waktu itu beliau merupakan dekan fakulti di tempat saya belajar... (semoga roh beliau dicucuri rahmat).. beliau merupakan seorang prof yang sangat tegas orangnya... beliau mengajar subjek business & strategic policy. semester 2 tahun akhir saya berada di university, saya perlu mengambil subjek ini dan pastinya saya akan berhadapan dengan beliau sepanjang semester pembelajaran itu. berasa amat gementar pada mulanya, kerana saya tahu beliau seorang yang sangat tegas. bagaimanapun, saya tetap perlu menghadapinya. :)

hari pertama berada di dalam dewan kuliah, beliau telah mengingatkan kami, "saya datang kelas tepat pukul 8.05 pagi. siapa yang datang selepas selepas saya akan terkurung di luar kelas".. maknanya, siapa yang datang lambat, tidak boleh mengikuti kuliah untuk hari tersebut. kuliah berikutnya, saya dan beberapa kawan saya sudah bersedia seawal 7.45 minit pagi di dalam dewan kuliah.. masing-masing berasa lega kerana sampai awal. tapi pada waktu itu, sebahagian besar daripada para pelajar yang mengambil mata pelajaran beliau, masih belum kelihatan, sampailah tepat pukul 8.05 pagi. waktu itu lah prof, muncul dan terus "TICK!" mengunci pintu dewan kuliah. erk! sejurus selepas itu berduyun-duyun lah para pelajar lain yang datang selepas beliau dan mengetuk-ngetuk pintu meminta untuk dibenarkan masuk. masing2 tidak mahu "attendance sheet" mereka kosong. saya dapat melihat dengan jelas kelibat seorang kawan baik saya yang turut berada di luar dewan melalui tingkap kecil pada pintu, mengetuk2 pintu tersebut. (saya rasa macam nak tergelak je waktu itu..)

tapi, Prof dengan selambanya berkata "BIARKAN MEREKA MENARI DI LUAR".... dan terus sahaja meneruskan kuliah... hehehe..

p/s kehadiran saya untuk sepanjang semestar bagi kelas prof, penuh.. fuhh!!

Wednesday, November 5, 2008

coret-coret

hmm.. sudah lama rasanya saya tidak menjengah ke ruangan ini. ruangan di mana saya bebas untuk mengatakan apa sahaja yang saya inginkan. ruangan di mana saya bebas berkarya. ye lah.. walaupun sekadar meletakkan gambar2 kenangan, bercerita tentang memori2, kawan-kawan, suasana di tempat kerja dan sebagainya, itu sudah boleh dianggap karya... karya kecil... sekadar untuk mengisi masa lapang. rasanya tak ramai yang melayari atau melawat blog ini.. ye, sebabnya, entri saya pun banyak yang berkisarkan tentang diri saya, kawan-kawan saya sahaja.. tidak pernah lagi rasanya saya menyentuh soal-soal besar seperti perang dunia ketiga, pilihanraya presiden amerika, krisis ekonomi dan lain-lain.. mungkin kerana, saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang itu semua, ataupun memang saya tidak berminat untuk menulis tentang topik-topik seperti itu..... ada orang suka barcakap tentang politik, ekonomi, sosial... sesetengah orang bila bercakap, kalah perdana menteri... saya amat kagum dengan orang yang boleh menghuraikan sesuatu hingga berjela-jela panjangnya... kalau bertemu dengan orang-orang sebegini... saya bisa jadi terpegun kalau mendengar dia bercakap, kerana kelihatannya dia seperti orang yang cukup berpengalaman.... banyak benar pengetahuan dia.. tentang itu.. tentang ini.... kagum-kagum...

ingin menjadi seperti orang ini.. rasanya saya tidak mampu... kerana saya rasa saya tidak mempunyai bakat untuk berhujah... apatah lagi untuk berbahas. yang saya tahu, saya boleh menyanyi... dan menari.. itu sahajalah agaknya. andai saya dijadikan sebagai manusia yang serba-boleh.. alangkah indahnya hidup.. tapi tidak mengapalah... sekarang ini pun saya sudah cukup berasa bersyukur dengan apa yang saya ada.... cuma, saya masih cuba mengejar impian yang entah bila akan tercapai... ya ALLAH, permudahkanlah jalan ku....

hari ini, saya cuba untuk tidak bercakap soal sepertimana yang selalu saya katakan di blog ini.. saya mencuba lari sedikit dari kebiasaan saya... sekadar mahu mempraktikkan.. siapalah tahu kalau2 selepas ini saya boleh bercakap tentang isu-isu semasa yang lebih luas skop dan perspektifnya.. siapa tahukan??.... tapi sebolehnya saya tidak mahu jadi orang yang hanya tahu bercakap sahaja.... sebab sesetengah orang, bila bercakap.. hebat.. tapi tindakannya sangat bertentangan dengan apa yang diperkatakannya.. inilah ragam manusia.. orang kata, "cakap tak serupa bikin"... betulkah apa yang saya kata ini? mintak maaf kalau tak betul ya wahai pembaca sekalian...

hmm...

Friday, October 24, 2008

Thursday, October 23, 2008

I hate this...

Manusia..

Satu ciptaan hebat dari yang maha esa... didatangkan dengan pakej lengkap, wajah, rupe, warna kulit dan akal dan sebagainya... tidak hairan lah mengapa manusia itu dianggap ciptaan Allah yang terhebat... kerana mereka mampu melakukan banyak perkara... membina tamadun, membangunkan sesebuah negara, mencipta teknologi berlandaskan ilmu... hebat...

Dengan akal, mereka mampu mewujudkan keajaiabn2 yang tidak pernah terbayangkan oleh kita.. itulah dia.. semakin cepat waktu beredar, zaman pula terus berubah, manusia tetap dengan keinginan mereka untuk mencapai sesuatu yang di luar jangkaan..

Kemampuan berasimilasi, beradaptasi dengan alam menjadikan mereka ini, kelompok ciptaan yang mampu "menembusi ruang waktu"... daa!!..

Tapi.. ada pulak di kalangan manusia ini.. yang mempunyai sifat dan sikap yang kadangkala membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa dan sebolehnya mahu menjauhkan diri dari keadaan yang sangat tidak menyelesakan... namun, sesetengah orang tidak mampu "melarikan diri" dari situasi dan keadaan seumpama itu..

Apabila berbicara tentang sikap manusia ini.. kita akan temui bermacam2 gaya dan fe'el yang sebahagian besarnya mampu menjadikan hidup kita haru biru... antaranya.. hipokrit, talam dua muke, dalam ertikata lain, PLASTIK @ PLASTIC..................

Manusia seperti ini, mampu mencairkan hati dan perasaan kita dengan sikap kepura-puraan yang dipamerkan... sampaikan seolahnya mata kita tertutup hingga tidak mampu melihat dan mengenalpasti apa2 dek termakan dengan lakonan dan aksi yang apabila difikirkan semula, amatlah menjengkelkan... dangkal sungguh pemikiran orang seperti ini...

Justeru..

Berhati-hatilah.. hidup ini sememangnya indah.. tapi akan lebih indah jika orang2 seperti ini, tidak wujud.... kerna ketidakwujudan mereka itu mampu menceriakan hidup serta menghamparkan ketenangan buat kita....

daa!!!

Tuesday, October 21, 2008

MACAM2..

tadi dengar hot.fm... ade lah berita ni.. kat kelantan.. seorang remaja cedera parah apabila di serang oleh dua orang rakan sendiri ketika pergi membeli barang di sebuah kedai.. budak tu tangan dia kene tetak.. PUTUS!... takut aku nak dengar...... macam2 hal....

*YA ALLAH.. jauhkan la aku dari malapetaka....

Wednesday, October 8, 2008

Tuesday, October 7, 2008

Sahabat...

Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah


This is a song from one of my favourite artists, AIZAT... The song which is very meaningful to me. It is about friend... yaa, friend...

Hari ini, saya ingin berbicara tentang sahabat. Kalau anda amati lirik lagu di atas, ia menceritakan tentang seseorang yang kehilangan dan ditinggalkan sahabatnya... tapi, apa yang saya ingin bicarakan di sini bukanlah mengenai soal ataupun kisah saya ditinggalkan sahabat.. saya cuma ingin berbicara tentang beberapa orang yang saya anggap sahabat baik saya.. :)

Sahabat (skema sgt rasenye)... i will say it as "kawan".. barulah tak rase kekok sangat..

Dah ramai orang aku jumpe... dan dah ramai jugak yang jadi kawan aku.. yang pernah jadi kawan aku dan sekarang tak nak jadi kawan aku lagi, pun ade jugak... kawan yang dulu rapat tapi sekarang ni dah renggang, pun ade.. kawan yang dulunye rapat gile babeng tapi sekarang dah lesap entah ke mane... ade jer!
kawan2 yang cari aku tika ade masalah je.. pon Ade jugak.. yang buat baik time nak something from me tu.. ade la beberapa orang.. tapi biase la tu kan.. dan aku ade ramai best friend.. yang aku dah kenal sejak kecik.. dan stil keep in touch walaupun berjauhan.. still ade.. (semoga dipanjangkan umur wahai kawanku..) kawan2 sekampung yang still ingat kat aku dan selalu hantar khabar berita.. forever ade... selamat smuanya buat kalian.. hehe..

hakikatnya.. ke mana pun kita pergi.. kita pasti akan dipertemukan dengan orang2 baru.. yang akhirnya ada yang menjadi sahabat kita. tapi tak semua la yang kita jumpe tu, boleh jadi kawan kita.. am i right?... like me... aku yang datang from kepulauan borneo, sangatlah berasa bersyukur.. kerana dalam tempoh beberapa ketika (bulan, tahun) ini, aku berjaya mencipta perhubungan sesama manusia yang datangnye dari seluruh malaysia... best.. within malaysia je pun.. maybe orang lain berjaya mencipta perhubungan sesama manusia dari seluruh dunia.. hebat! tapi tak pe lah.. sekurangnye kita ade la jugk.. kan? at least..

apepun ia... pada saya, seseorang yang kita anggap kawan, sahabat, teman, or what ever it is... sememangnye berperanan penting dalam mencorakkan perjalanan hidup kita....


hmm.. itu dia mereka.. beberapa orang di antara yang baru aku kenali beberapa bulan lalu... memang seronok sebenarnya apabila kita bertemu dengan orang2 yang boleh jadi "seangkatan" dengan kita.. kiranya yang boleh masuk boleh join... boleh get along... bla bla bla.. tapi tak semua pun yang kita kenal tu boleh sebulu dgn kita.. hehe











mereka yang ku kenali dan mengenali aku... wah... i miss you all guys..













hehe... ade banyak lagi gambar... tapi kalau nak upload semua kat sini.. kang tak muat pulak.. :) nanti la aku tambah lagi gamba2 lain.. mane la tau ade di kalangan mereka ini yang nak grab gambar ni kan..


ni nak cerita lagi ni... dalam banyak2 diorang ni.. ade la dua orang lagi makhluk ciptaan ALLAH yang memang skrg ni dah jadi member, kawan rapat aku.. sorang ni serumah dengan aku.. sorang lagi, anak emas anak emak anak bapak.. wah kiranya anak manje.. duk dengan famili dia... hehehe.. jangan marah.. macamane tah boleh jumpe dgn diorang ni.. itulah dia Takdir.. jodoh pertemuan...
Cak!! ni lah dia... mereka berdua.. yang baju merah tu aku ler... Fazri (baju biru) dan Fezal.. Fezal tu yang duk serumah dgn aku sekarang... dulu mase baru kenal.. hmm fezal ni, nampak macam sombong skit.. sb dia kelihatan senyap... segan sikit aku dgn dia ni pada mulanya... tapi lame kelamaan... timbul lah chemistry antara kami.. hehehe..
Fazri... hehe.. dia ni, rasanye dia yang tegur aku dulu.. mase meeting for multimedia and photography committee i think.. aku pun segan jugak dgn dia ni mula2 dulu.. biasa la tu kan.. lama2 ok pulak.. dorang ni dua2 pun baik.. tapi dalam baik2 pun, ade jugak lasernyer.. hahahaha...
aku harap, persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.. aku doakan korang berdua panjang umur... dan murah rezeki.. amin....