Friday, February 27, 2009

Terkejar-kejar....


Pagi ini, aku keluar rumah seawal jam 6.55 pagi. Awal kan?... selalunya, sebelum ini, aku keluar rumah untuk ke tempat kerja pukul 7.00 - 7.20 pagi. Tapi, itu ketika aku masih lagi menjadi pengguna setia perkhidmatan LRT. Lambat keluar rumah, tak kisah sangat kalau kena naik train. Yelah, tak de kesesakan lalulintas atau traffic jam!... Tapi sekarang ni, aku mula berjinak2 pulak dengan perkhidmatan bas rapid... (rapid oh rapid)... memang sebelum ni pun aku memang selalu naik bas. Cuma kalau keluar dari rumah aku tu, aku kene naik train dulu. Lepas tu barulah aku amik bas. Sekarang lain, aku keluar rumah terus amik bas dekat area rumah aku and then sampai Jusco Maluri, aku akan amik bas lain pulak...

Sebelum ni, aku tak de lah terkejar-kejar sangat. Kalau naik train kan cepat je sampai maluri. So tak de lah aku risau sangat. Cuma sejak bertukar angin ni, aku terpaksa mengejar masa. Sebab, kalau aku lambat sikit, aku pasti akan menghadapi masalah seperti kesesakan lalulintas. Seksa betol!!.. dalam hati, niat nak sampai awal kat tempat kerja. Tapi bila jalan tersekat2, mula lah aku gelabah. Bukan apa, takut lewat sampai ke 'OPIS". Pernah sekali tu, aku keluar rumah 7.15, dah kene naik bas Taman Shamelin tu pulak lagi... Masa2 macam ni lah yang buat aku tak senang duduk. Tunggu punya tunggu, bas pun sampai. Mase tu jam dah dekat2 pukul 8.00am. Pas tu, ade pulak traffic jammed!... Sampai Maluri dah pukul 8.10am. huhu!! Lepas tu kene tunggu pulak lagi.... Bas pun sampai! Tapi benda yang sama berlaku... kesesakan lalulintas.... tensionnye aku..... dah lah bas pulak penuh!!! makin tension aku... kene berdiri... (ala macam tak biase!!)...

Jadi untuk mengelakkan benda2 macam ni berlaku.. aku pun terpaksalah terkejar2 sekarang ni. kadang-kadang ade la kawan2 tanye.. "apesal ko keluar awal sangat".... aku jawab.. "saje je".... tapi itulah kenyataannye. Aku tak kisah la orang nak kate ape... "kiasu" ke.... itu ke... ini ke.... lantak la!.. diorang bukannye tau ape yang aku hadapi.... hati aku hanya mampu berkata.. "biarlah diorang tu nak bercakap... susah senang aku hidup aku, aku yang hadapi sendiri"... so what!

So, tulah kisahnya... sesungguhnya MASA itu begitu mencumburui kita.. lambat sikit... memang akan lambat lah jadinya.... tapi aku selesa je macam ni... tak pe naik bas pun... kalau orang tanya, "kenape naik bas"... aku jawab. "nak jimat"... memang jimat pun.... biarlah...janji hapi.... bak kate pepatah.."berakit-rakit ke hulu... berenang-renang ke tepian.... Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".... insyALLAH...

p/s: hmmm....

Thursday, February 5, 2009

Rapid..oh Rapid....


04.02.09....

ketika sedang menunggu bas di hadapan bangunan tempat keje aku, kelihatan seorang lelaki Canada, berumur dalam lingkungan 50an (aku agak le) mundar-mandir dengan wajah agak kebingungan. sejurus kemudian dia bertanya kepada seorang lelaki melayu yang dalam pemahaman aku, beliau bertanyakan bas ke Bukit Bintang. setahu aku bas yang biasa melalui kawasan bukit bintang ("BB") adalah bas bernombor 103. dengan sebaik mungkin lelaki melayu itu memberi penerangan kepada lelaki Canada itu tentang bas yang sepatutnya beliau naiki.

waktu itu jam di tanganku menunjukkan pukul 8.10 malam. jelas kelihatan di wajah lelaki itu akan kebimbangannya. bimbang bas 103 tak lalu atau tak akan sampai. aku sempat bertanya kepada lelaki itu kemana hala tujunya tatkala dia kelihatan begitu risau. pada asanya, beliau ingin ke bukit bintang dengan menaiki bas, tetapi dalam masa yang sama dia mahu menggunakan LRT untuk ke Kl Sentral terlebih dahulu dan seterusnya ke bukit bintang. namun, seorang lelaki melayu menasihatinya untuk menunggu bas 103, memandangkan bas itu akan langsung bergerak ke BB.

dia menceritakan kepada ku:

"saya dah tunggu bus dari pukul 7.30, dan sekarang dah lebih setengah jam saya menunggu" (Ini terjemahan je k)......

situasi itu membuatkan aku berfikir, kiranya bukan kita (rakyat malaysia) sahaja yang merasakan betapa menunggu bas di perhentian bas itu sungguh menyeksakan. aku yang sememangnya pengguna setia bas rapid 114 seringkali berhadapan dengan situasi menyakitkan hati di mana pada satu2 masa, aku terpaksa menunggu bas terlalu lama.

mahu saja aku mengamuk... menjerit di perhentian bas setiap kali bila terpaksa menunggu lama. di saat kita amat menginginkan bas sampai dengan cepatnya, di saat itu jugalah bas2 yang ada begitu terhegeh2 untuk sampai. tapi di waktu kita tidak menginginkan bas2 ini tiba dengan cepatnya... wah! berdezup2 je bas2 ni lalu, tiba, sampai dan sebagainya.

seharusnya pengusaha bas khususnya bas rapid, perlu melihat dan mendalami masalah ini agar tidak menjadi mangsa sumpah seranah orang ramai yang menunggu bas setiap kali bas sampai lambat.. ERK!!!.....

p/s: dengarlah keluhan org yang belum ade keta sendiri mcm aku ni... huhuhuhu