Thursday, December 4, 2008

erk!!!


kesibukan yang saya lalui di pejabat sejak akhir2 ini, membuatkan saya tidak mempunyai waktu yang cukup untuk melayari ruang tempat melepaskan "geram" ini. pernah juga mencuba-cuba untuk menulis tapi lantaran keadaan yang agak menekan, terpaksalah saya pendamkan seketika hasrat hati...

tapi hari ini nampaknya saya berada dalam keadaan yang agak selesa sedikit berbanding sebelumnya. jadi bolehlah kiranya saya "bercerita" lagi untuk kesekian-kalinya......

tidak banyak perkara menarik yang berlaku terhadap saya sejak kebelakangan ini. mungkin kerana saya terlalu sibuk dan tidak punya waktu yang cukup untuk menikmati setiap saat terluang yang saya ada. bagaimanapun, saya rasa saya masih mempunyai sesuatu untuk dikongsi dengan pembaca semua.....

3 hari yang lalu... 1hb 12.... ini adalah tarikh lahir saya. bersyukur ke hadrat Illahi.... DIA masih mengizinkan saya untuk menikmati hidup di dunia ini... satu perkara menarik yang berlaku apabila ulang tahun kelahiran saya disambut dengan agak sederhana tapi dalam suasana yang ceria, oleh teman-teman sekerja termasuklah mereka yang bergelar "BOS" di tempat saya bekerja..... agak terkejut juga lah... sememangnya saya jarang sekali meraikan hari ulang tahun kelahiran saya... namun, apa yang saya lalui ini sedikit sebanyak membantu menceriakan serta menggembirakan hati saya yang agak "kelam" kebelakangan ini....

dua hari sebelum itu pula, Majlis makan malam tahunan syarikat tempat saya bekerja telah diadakan di KLCC (Kuala Lumpur Convention Center)... suasana yang agak meriah lagi "GRAND" juga lah... waktu itu saya berpeluang menunjukkan bakat nyanyian saya kepada semua yang hadir. walau pun kalah dengan persembahan daripada kumpulan lain yang turut serta, namun saya tetap berpuas hati.... :)

seminggu sebelum itu...... berlaku kejadian yang tidak diingini di rumah saya. petang itu (hari ahad)... seorang lelaki yang tidak dikenali telah datang ke rumah dan mencari orang bernama LAN, yang kononnya kawan kepada beliau... kebetulan pada hari tersebut, hanya saya dan seorang lagi kawan saya sahaja yang ada di rumah. Hujan turun agak lebat waktu itu, dan orang yang datang itu hanya menaiki motorsikal, dan melihatkan keadaan itu saya tiba2 berasa simpati dan mempelawa dia masuk. tapi dia enggan dan mengambil keputusan untuk berada di luar rumah sementara menunggu hujan berhenti... tidak lama kemudia, dia pergi dan saya seperti merasakan sesuatu yang tidak diingini berlaku. apabila saya menjengah ke luar rumah, rupanya dua pasang kasut yang salah satunya merupakan kasut saya telah hilang dilarikan oleh orang yang tidak dikenali itu. woooooo.... sedihne aku!.... sabar jelah.............

eh!.. nanti lah sambung... bye