Thursday, February 5, 2009

Rapid..oh Rapid....


04.02.09....

ketika sedang menunggu bas di hadapan bangunan tempat keje aku, kelihatan seorang lelaki Canada, berumur dalam lingkungan 50an (aku agak le) mundar-mandir dengan wajah agak kebingungan. sejurus kemudian dia bertanya kepada seorang lelaki melayu yang dalam pemahaman aku, beliau bertanyakan bas ke Bukit Bintang. setahu aku bas yang biasa melalui kawasan bukit bintang ("BB") adalah bas bernombor 103. dengan sebaik mungkin lelaki melayu itu memberi penerangan kepada lelaki Canada itu tentang bas yang sepatutnya beliau naiki.

waktu itu jam di tanganku menunjukkan pukul 8.10 malam. jelas kelihatan di wajah lelaki itu akan kebimbangannya. bimbang bas 103 tak lalu atau tak akan sampai. aku sempat bertanya kepada lelaki itu kemana hala tujunya tatkala dia kelihatan begitu risau. pada asanya, beliau ingin ke bukit bintang dengan menaiki bas, tetapi dalam masa yang sama dia mahu menggunakan LRT untuk ke Kl Sentral terlebih dahulu dan seterusnya ke bukit bintang. namun, seorang lelaki melayu menasihatinya untuk menunggu bas 103, memandangkan bas itu akan langsung bergerak ke BB.

dia menceritakan kepada ku:

"saya dah tunggu bus dari pukul 7.30, dan sekarang dah lebih setengah jam saya menunggu" (Ini terjemahan je k)......

situasi itu membuatkan aku berfikir, kiranya bukan kita (rakyat malaysia) sahaja yang merasakan betapa menunggu bas di perhentian bas itu sungguh menyeksakan. aku yang sememangnya pengguna setia bas rapid 114 seringkali berhadapan dengan situasi menyakitkan hati di mana pada satu2 masa, aku terpaksa menunggu bas terlalu lama.

mahu saja aku mengamuk... menjerit di perhentian bas setiap kali bila terpaksa menunggu lama. di saat kita amat menginginkan bas sampai dengan cepatnya, di saat itu jugalah bas2 yang ada begitu terhegeh2 untuk sampai. tapi di waktu kita tidak menginginkan bas2 ini tiba dengan cepatnya... wah! berdezup2 je bas2 ni lalu, tiba, sampai dan sebagainya.

seharusnya pengusaha bas khususnya bas rapid, perlu melihat dan mendalami masalah ini agar tidak menjadi mangsa sumpah seranah orang ramai yang menunggu bas setiap kali bas sampai lambat.. ERK!!!.....

p/s: dengarlah keluhan org yang belum ade keta sendiri mcm aku ni... huhuhuhu



6 comments:

Anonymous said...

Aku pun sama. Kena tunggu bas lama2. Letih !!

Anonymous said...

Haha,kl klu xde problem rapidkl xsah..tukar jd Slowkl jela..mujur kt JB aku xde sgt ngadap problem ni..cuma bas Triton tu je yg xnk berenti tiap klai aku tahan time nk balik..mmg nk kena driog ni!

tHe_One said...

hehehe

we~win said...

haruz la di komplen supaya bas bertambah banyak gitu...

hehehehehehe

awan_merah said...

hm berddasarkan petikan diatas ku mendapati si the_one ini merupakan insan yang baik hati n caring...hm anak sapa lah niee sejuk perut mak dia mengandung...hahaha...teruskan sikap caring nie barulah melambangkan kesopanan dan kesantunan adat budaya melayu kita . yosh

tHe_One said...

thanks awan... hehehehehe