Wednesday, April 6, 2011

Ipoh Mali ~ Lalalalal

Hari ini berlalu dengan baik (kononnya)... Hari kedua berada di Ipoh... Esok petang dah nak balik KL... Tak banyak benda yang berlaku tapi cukup la untuk menjadi bahan catatan hari ini... Pukul 7.30pagi tadi, aku bertolah dari Ipoh ke UTP bersama, siapa lagi kalau bukan En Heikalll ~ Waktu untuk memulakan tugas sebagai "The Exhibitor"... Waktu perjalanan, kalau tak sesat, ambil masa dalam sejam lebih... Nasib baik traffic kat Ipoh ni tak macam KL... kalau tak, confirm kitorang sampai lambat... sb memang dah agak lambat dah pun actually... redahhhh! Sesampainya ke destinasi, kerja2 "mensetup" bermula... Aku lihat para exhibitor lain ada juga yang baru sampai... ada booth yang masih kosong... dan tak ramai sangat orang di kala itu... Selesai "setup" , perut mula la nak berkeroncongkan?... So, apalagi... mencari sesuap makanan untuk mengisi perut... Tak tahu jalan kat Tronoh tu, kami redah je.... Sampai ntah ke mana-mana je la... Kedai makan di cari, tempat cuci kereta yang ditemui... Memang tak tahu arah tuju langsung... Masuk simpang tu, simpang ni... sampai jumpa hutan je... hahahaha!!! En Heikalll apa lagi... Pok Pek Pok Pek, bebel! Dia nampak je senyap, sekali dah start buka mulut, aku pun tak sanggup nak dengar... Kalah la watak Joyah dalam cerita Opah drama dulu2 tu... ~ Nasib baik ada seorang makcik budiman menunjuk arah... "Pegi je ke arah Sri Iskandar tu dik", Katanya dengan muka tak mesra. Anyway, thanks makcik! :) Jasamu di kenang... Kami pun menghala la ke Sri Iskandar... rupanya ada banyak bangunan kat situ... I thought hanya ada UTP, and tempat cuci kereta tu je... rupanya banyak lagi bangunan lain. Kena tau cari je la kan. Masuk kawasan Sri Iskandar, mataku laju je melihat sana sini. Ternampak la satu kedai, Al-Bayan namanya. Kedai mamak, tepi jalan, ramai orang makan. Confirm la sedap kalau ramai orang duduk makan situ kan? Kami pun singgah. Aku dan En Heikal sempat melantak roti kosong dan roti telur sorang satu. Fuh... kenyang ~ Kerja3X... Dah kenyang, balik UTP utk melaksanakan tugas. Sepanjang hari menjadi jurucakap. Rahang macam nak jatuh je. Bukan senang jadi jurucakap ni. Macam-macam soalan orang tanya. Sampai ting tong aku jadinya. Petikan perbualan En Heikalll dengan seorang gadis: Gadis: Ini program ape ye? En Heikalll: Ini program untuk bla bla bla... ~ Gadis: So kiranya ni macam program la ye? En Heikalll: Ini memang program pun... ~ Aku: (Ting tongnya budak gadis nih!) - rasa nak gelak je time tu tapi.... COVER COVER! ................................................................ Siap aktiviti, kami balik le ke hotel. Penat juga la kan. Seharian melayan "peminat". Geto! Lepas tu pukul 8.00++, kami keluar lagi mencari makan. Pegi la area Taman kanak-kanak kat Ipoh tu. Makan... Makan... Makan... Nak balik, adeh, HP En Heikalll mati. Maknanya GPS pun tak de. Sebab hp dia berfungsi sebagai GPS juga. Nasib baik hp aku tu boleh guna juga. Dan akhirnya! Direction yang di cari ditemui lah akhirnya. En Heikalll happy gembira. Tengah happy2, boleh dia ambik simpang salah? Ting tong betolll!. Tulah, berangan chanteek la tu. Sekali sesat lagi sekali. Satu hal pulak nak cari jalan balik kan? Nasib le jalan kat Ipoh ni tak susah. Senang juga nak ajak. Pusing punya pusing... Sampai la kami ke destinasi. Aku pun dah ngantuk... masa untuk tidur... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, April 5, 2011

Ipoh Mali ~ Malam yang dingin... saat aku kelaparan





Bertolak dari Kuala Lumpur ("KL") kira2 pukul 4 petang tadi, perjalanan kami di iringi hujan lebat selepas berhenti di RnR Rawang. Owh, sebelum terlupa, "kami" merujuk kepada Aku dan rakan sekerja, rakan sejawat, colleague... whatever la kan... En Heikalll yang konon senyap tapi sebnarnya kelakar...

Dah nak masuk area Perak, hujan sudah tiada lagi, perjalanan menjadi lebih lancar, di temani kicauan burung... eh, bukan la... ditemani deruan bunyi kenderaan lain...

Memasuki kawasan Ipoh dalam pukul 6.00pm++... Thank God, aku tidak tidur sepanjang jalan... kesian pulak En Heikalll yang mengemudi kenderaan nanti kalau aku tido je... mati kutu tak de orang nak sembang ngan dia... Sampai Ipoh je... terus cari hotel (hotel tempat persinggahan selama 2 hari yg telah ditetapkan oleh pihak pengurusan).... btw, kami di Ipoh atas urusan kerja...

Dah siap check in, mandi dan sebagainya... keluar dinner pukul 9.00pm... mula la sesi mencari tempat makan... Ipoh memang asing bagiku... bukan lah first time pegi Ipoh, but this is my first time duduk bermalam. So, memang tak tahu langsung la kan... tempat2 yang perlu disinggah utk makan... Nasib baik ade member2... boleh tanya2... but not all helpful... ada tu, bagitau tempat je... bila tanya direction, "Ko tanye je orang2 kat situ... semua orang tau"... adeh... Terima kasih la kerana membantu...

Dah beberapa ketika berada di dalam kereta, mundar-mandir di jalan raya... eh... baru ku sedar... Bandar Ipoh lengang di waktu malam... :p tak macam KL... hiruk-pikuk sesak penuh kenderaan berat dan ringan... sesak terutamanya di waktu puncak...



Lengang gila.... where is everyone...? Rasa macam nak baring je atas jalan raya ni....

Well... perut sudah mula berkeroncong... tak tau nak makan mana... aku pun mula la berstatus di FB... "Siapa orang Ipoh? Mana tempat makan best, sila beri cadangan"... Ada la 2 3 orang respond, but still tak membantu... Tiba2 hp buruk berdering riang... tgk nama, eh, kawan ku Jismin rupanya... rupanya dia juga ada di Ipoh... Sanggup cik Jismin menemankan aku makan, menunjukkan jalan ke tempat makan... but kena amik dia kat Heritage Hotel... coz dia pun kat Ipoh atas urusan kerja (dia asal Tambun)... so kena la jemput dia kan? Kalau tak... confirm sesat... Tapi, dalam masa nak gi jemput minah ni pun, sesat juge... nampaknya GPS En Heikalll kurang berfungsi dengan baik... sampai kan ntah ke mana-mana je kami pegi... Ada la dalam 5 kali berhenti... berhenti kat tempat yang tak de orang lalu lalang... Tak de talian hayat...


Jismin Gebu ~


But, nasib baik... beberapa minit kemudian, GPS En Heikalll mula menunjukkan signal yang agak jelas... dan dapat lah aku bertemu dengan Cik Jismin gebu itu... di bawaknye la aku ke kawasan makan area Taman Kanak-kanak - kalau aku tak silap, ni la kot nama tempat tu... Barulah kelihatan agak ramai sedikit orang berkeliaran di situ... tapi sayang, makanannye kurenggg... but sebab dah kebulur... kami bantai juge... Berangan nak jumpa Usop Wilca... ~ Mimpi!!! Dia ada kat KL kot... So, aku je la feeling2 jadi Usop Wilca tu... Cer Citer... ~ Dah melantak... dah kenyang... dah penat... fuhhh... nak balik hotel.. tido... Singgah 7E... aku rase tu satu2nya 7E yg ada kat bandar Ipoh, sebab tu je yang aku nampak... Membeli berus gigi... bukan aku yang beli, tp En Heikalll yg nak beli... ;p


Dan akhirnya dah dekat pukul 12malam... ni la aku... bloging.... ~ :)

Zzzzzzzzzzzzzzzz....

Sunday, April 3, 2011

Apa yang kau cari?


Macam-macam kan? Hidup di dunia ni memang macam-macam. Ada-ada saja... Apa sebenarnya yang kita cari?


Ada orang tu, dalam fikirannya, kaya... kaya... kaya... duit... duit... duit...


Ada pulak tu, harta... harta... harta... pangkat... pangkat... pangkat...


Tapi, adakah berbaloi? Mencari semua benda tu... tapi akhirnya akan ditinggalkan juga... We will left those someday... Bila dunia ini bukan lagi milik kita... (and, tak pernah jadi milik kita pun... semuanya hanya pinjaman...) Berbaloikah?Persoalan yang perlu kita fikrikan bersama...


Berbalik kepada persoalan, apa sebenarnya yang kita cari? Kebahagiaan? Cinta?... Bagaimana nak mendefinisikan erti bahagia dan cinta? Apa yang kita tahu tentang bahagia dan cinta? Cukupkah dengan sekadar mendapatkan semua yang kita inginkan? Cukupkah dengan sekadar memiliki harta benda kekayaan... memiliki teman hidup, pasangan? Itulah, kadangkala hidup selalu penuh sandiwara...


Sesetengah orang, mahukan ketenangan... Ketenangan hati dan fikiran. Ketenangan yang mententeramkan jiwa. Ketenangan yang membawa makna. Tapi tidak semua mampu. Kita sememangnya hanyalah manusia biasa.... Apa yang kita inginkan tidak semua dapat dimiliki... Kerana perjalanan hidup ini telah ditentukan. Hidup di dunia, penuh pancaroba. Sewajarnya kita berfikir, matlamat sebenar hidup ini.


Sama-sama kita fikirkan... ~


Muskovitcho2