Wednesday, April 6, 2011

Ipoh Mali ~ Lalalalal

Hari ini berlalu dengan baik (kononnya)... Hari kedua berada di Ipoh... Esok petang dah nak balik KL... Tak banyak benda yang berlaku tapi cukup la untuk menjadi bahan catatan hari ini... Pukul 7.30pagi tadi, aku bertolah dari Ipoh ke UTP bersama, siapa lagi kalau bukan En Heikalll ~ Waktu untuk memulakan tugas sebagai "The Exhibitor"... Waktu perjalanan, kalau tak sesat, ambil masa dalam sejam lebih... Nasib baik traffic kat Ipoh ni tak macam KL... kalau tak, confirm kitorang sampai lambat... sb memang dah agak lambat dah pun actually... redahhhh! Sesampainya ke destinasi, kerja2 "mensetup" bermula... Aku lihat para exhibitor lain ada juga yang baru sampai... ada booth yang masih kosong... dan tak ramai sangat orang di kala itu... Selesai "setup" , perut mula la nak berkeroncongkan?... So, apalagi... mencari sesuap makanan untuk mengisi perut... Tak tahu jalan kat Tronoh tu, kami redah je.... Sampai ntah ke mana-mana je la... Kedai makan di cari, tempat cuci kereta yang ditemui... Memang tak tahu arah tuju langsung... Masuk simpang tu, simpang ni... sampai jumpa hutan je... hahahaha!!! En Heikalll apa lagi... Pok Pek Pok Pek, bebel! Dia nampak je senyap, sekali dah start buka mulut, aku pun tak sanggup nak dengar... Kalah la watak Joyah dalam cerita Opah drama dulu2 tu... ~ Nasib baik ada seorang makcik budiman menunjuk arah... "Pegi je ke arah Sri Iskandar tu dik", Katanya dengan muka tak mesra. Anyway, thanks makcik! :) Jasamu di kenang... Kami pun menghala la ke Sri Iskandar... rupanya ada banyak bangunan kat situ... I thought hanya ada UTP, and tempat cuci kereta tu je... rupanya banyak lagi bangunan lain. Kena tau cari je la kan. Masuk kawasan Sri Iskandar, mataku laju je melihat sana sini. Ternampak la satu kedai, Al-Bayan namanya. Kedai mamak, tepi jalan, ramai orang makan. Confirm la sedap kalau ramai orang duduk makan situ kan? Kami pun singgah. Aku dan En Heikal sempat melantak roti kosong dan roti telur sorang satu. Fuh... kenyang ~ Kerja3X... Dah kenyang, balik UTP utk melaksanakan tugas. Sepanjang hari menjadi jurucakap. Rahang macam nak jatuh je. Bukan senang jadi jurucakap ni. Macam-macam soalan orang tanya. Sampai ting tong aku jadinya. Petikan perbualan En Heikalll dengan seorang gadis: Gadis: Ini program ape ye? En Heikalll: Ini program untuk bla bla bla... ~ Gadis: So kiranya ni macam program la ye? En Heikalll: Ini memang program pun... ~ Aku: (Ting tongnya budak gadis nih!) - rasa nak gelak je time tu tapi.... COVER COVER! ................................................................ Siap aktiviti, kami balik le ke hotel. Penat juga la kan. Seharian melayan "peminat". Geto! Lepas tu pukul 8.00++, kami keluar lagi mencari makan. Pegi la area Taman kanak-kanak kat Ipoh tu. Makan... Makan... Makan... Nak balik, adeh, HP En Heikalll mati. Maknanya GPS pun tak de. Sebab hp dia berfungsi sebagai GPS juga. Nasib baik hp aku tu boleh guna juga. Dan akhirnya! Direction yang di cari ditemui lah akhirnya. En Heikalll happy gembira. Tengah happy2, boleh dia ambik simpang salah? Ting tong betolll!. Tulah, berangan chanteek la tu. Sekali sesat lagi sekali. Satu hal pulak nak cari jalan balik kan? Nasib le jalan kat Ipoh ni tak susah. Senang juga nak ajak. Pusing punya pusing... Sampai la kami ke destinasi. Aku pun dah ngantuk... masa untuk tidur... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments: