Saturday, September 24, 2011

Si Polan bin Polan yang HARU!!!


"Waaaalah!!! Kepala migrain, kerana duk memikirkan seorang manusia ni, yang sangat-sangat suka menyakitkan hati"

Ayat di atas adalah ayat yang kini berlegar di dalam kepala otakku. Sampai bila la ye nak macam tu? Penat tau nak fikir. Anyway, banyaklah sekali persoalan dalam fikiran ku sekarang ini. Bagaimanapun, hendak ditahan-tahan, haruslah aku menahan kan? Nasib dah macam ni?

Aku berpegang pada prinsip bahawa, semuanya akan kembali berkeadaan baik jika kita terus bersabar. Membuang jauh-jauh, emosi yang kurang baik, berfikir tentang perkara yang gembira2 saja, dan membiarkan mereka yang ada hasad dengki, terjun dengan labu masing2. Macam si Luncai...

Dunia ni banyak dugaan. Tapi, andai kita bijak, dugaan ini semua mampu mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berfikiran jauh ke depan. Justeru, kenapa perlu runsingkan kepala dengan benda-benda yang "ntah ape2" tu kan? But, still, susah juga sebenarnya nak lari dari keadaan. Kita pegi sini, ada orang ganggu, kita pegi sana, ada orang kacau, kita duduk sini, ada orang tak puas hati, kita buat macam tu, ada orang sakit hati. So macamana? Selalunya, aku akan:

1. Diam;
2. Fikir;
3. Bertenang;
4. Buat keputusan; dan
5. Bertindak.

Langkah-langkah menyelesaikan perkara-perkara nonsense. Tapi walaupun kadang-kadang tak berkesan, aku buat juga la. Kalau tak menjadi tu, pandai-pandailah cari alternatif lain.

So kepada si POLAN bin POLAN yang asyik tak puas hati tu. Aku sebenarnya dah buat keputusan, untuk menghindari diriku dari mu. Sebab kehadiran mu umpama duri dalam daging, yang hanya menyebabkan kesakitan. Ko PAHAM?

Sekian :)


Sunday, September 4, 2011

Kisah si Luncai yang tak tau bila agaknya nak terjun dengan Labu2nya ~

"Al kisah, maka adalah sebuah negeri bernama Indera Pat, rajanya bernama Maharaja Isin. Maka negeri itu cukup lengkap seperti adat istiadat negeri yang lain-lain juga, tetapi baginda baru sahaja ditabalkan menggantikan paduka ayahanda dan bondanya, kerana baginda itu telah hilang keduanya. Maka isteri baginda itu bernama Tuan Puter Bongsu, ada berputera seorang, namanya Tuan Puteri Lela Kendi, telah berumur sepuluh tahun..." - Petikan cerita rakyat: Si Luncai


Apalah alkisahnya aku merepek ni kan? :p Tak de benda sebenarnye... Tak tau nak kaitkan dengan entry yang hendak ditulis ni... Tapi buat je lah kan?


Si Luncai ini seorang yang degil... tapi banyak akal...? Ingin mengadap rajanya, walaupun sering ditolak permintaannya, dia tetap berkeras dan sentiasa berakal untuk mencari jalan sehinggalah berjaya bertemu rajanya, tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi. - End up, dijatuhkan hukuman bunuh kerana menyamakan rajanya dengan ayahnya yang telah meninggal dunia. Bila? Aku tak tau sebab tak baca habis cerita itu. :p


Ni la dia, sesetengah orang kalau dia nakkan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, dia akan buat apa saja termasuklah yang entah2... ~ Kadang2 tu tanpa memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku, tanpa menilai risiko yang bakal dihadapi... Sehingga sanggup menipu...:p


So kalau anda ingin menjadi si Luncai, ambillah teladan dan pengajaran yang baik daripadanya. Jangan menjadi Luncai yang pendek akal, yang tak tau apa sebenarnya yang dia sedang lakukan. Main reeeeedah! je kannn? Perasaan orang lain diketepikan, kepentindan diri sendiri diutamakan. 


Nah! Tuan tuan dan puan puan... 


Berakal biar bijak, jangan berakal tapi negatif... Berakal biar pandai, jangan berakal membodoh menyombong... Berilmu biar beramal, jangan berilmu disalah guna... Berhubungan biar jujur, jangan berhubungan tapi menipu sana sini... gitew (tiba2!!!) Nanti Luncai ntah ke mana, labunya pun entah kemana mana... ~


Selamat malam....


tHe_oNe