Saturday, September 24, 2011

Si Polan bin Polan yang HARU!!!


"Waaaalah!!! Kepala migrain, kerana duk memikirkan seorang manusia ni, yang sangat-sangat suka menyakitkan hati"

Ayat di atas adalah ayat yang kini berlegar di dalam kepala otakku. Sampai bila la ye nak macam tu? Penat tau nak fikir. Anyway, banyaklah sekali persoalan dalam fikiran ku sekarang ini. Bagaimanapun, hendak ditahan-tahan, haruslah aku menahan kan? Nasib dah macam ni?

Aku berpegang pada prinsip bahawa, semuanya akan kembali berkeadaan baik jika kita terus bersabar. Membuang jauh-jauh, emosi yang kurang baik, berfikir tentang perkara yang gembira2 saja, dan membiarkan mereka yang ada hasad dengki, terjun dengan labu masing2. Macam si Luncai...

Dunia ni banyak dugaan. Tapi, andai kita bijak, dugaan ini semua mampu mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berfikiran jauh ke depan. Justeru, kenapa perlu runsingkan kepala dengan benda-benda yang "ntah ape2" tu kan? But, still, susah juga sebenarnya nak lari dari keadaan. Kita pegi sini, ada orang ganggu, kita pegi sana, ada orang kacau, kita duduk sini, ada orang tak puas hati, kita buat macam tu, ada orang sakit hati. So macamana? Selalunya, aku akan:

1. Diam;
2. Fikir;
3. Bertenang;
4. Buat keputusan; dan
5. Bertindak.

Langkah-langkah menyelesaikan perkara-perkara nonsense. Tapi walaupun kadang-kadang tak berkesan, aku buat juga la. Kalau tak menjadi tu, pandai-pandailah cari alternatif lain.

So kepada si POLAN bin POLAN yang asyik tak puas hati tu. Aku sebenarnya dah buat keputusan, untuk menghindari diriku dari mu. Sebab kehadiran mu umpama duri dalam daging, yang hanya menyebabkan kesakitan. Ko PAHAM?

Sekian :)


No comments: