Friday, November 7, 2008

"BATU"

Batu!.....

Ada banyak jenis batu. kalau kita rungkaikan jenis-jenisnya, memang banyak. Tidak banyak fakta tentang batu yang saya tahu. Tetapi, kalau saya cube ingat-ingat, fikir-fikirkan, antara jenis-jenisnya adalah seperti, batu-bata; batu yang orang selalu gunakan untuk membina rumah tu. kalau belajar geografi, atau alam-dan manusia (subjek yang saya belajar di sekolah rendah dulu), ada lah pula batu-batan, batu kelikir...

kalau menonton cerita tv, ada pulak, batu belah batu bertangkup! itu cerita zaman p ramlee dulu. kalau yang sedand hangat ditayangkan di tv sekarang pula, Cinta Batu Belah, lakonan Elly Mazlein!.. kalau menonton atau membaca cerita dongeng, adalah pula batu hikmat... macam-macam..

kalau kita ke dapur, ada batu lesung!... alat tradisional yang digunakan untuk menumbuk bahan-bahan masakan seperti, bawang, cili dan sebagainya. tapi sekarang zaman sudah moden, jarang orang yang menggunakan alat itu. kebanyakannya memilih alat pengisar elektronik.. erk! itu tandanya, manusia sudah maju, dan teknologi pun bertambah majulah... lagi satu, ayah saya kalau hendak mengasah parang, dia akan menggunakan batu asah (pengasah)!

ermm... kalau kita ke kedai barang kemas, kita akan lihat batu permata. batu permata ni mahal harganya. itu pun kalau asli lah.. batu cincin, kita boleh buat cincin, letak la batu cincin. batu zamrud, batu jed, batu nilam... macam-macam lagi lah...

dalam banyak-banyak batu, salah satu batu yang berbahaya adalah, batu karang. sebab batu ini membuatkan manusia jadi tidak sihat... sakit.. dan sebagainya... kalau terkena batu ni, memang siksalah kiranya... (ya ALLAH, berikanlah aku kesihatan yang baik)....

tapi pembaca sekalian... ada satu jenis batu yang seharusnya kita jauhi... sungguh2... tahu apa dia? BATU API!!!!.. ya BATU API sangat berbahaya... maklum sahajalah kan... batu api boleh menimbulkan kemudaratan yang lebih besar daripada batu-batu yang lain. kalau kita berhadapan dengan batu jenis ini, kita kenalah berhati-hati... jangan sekali-kali tersilap langkah. batu api ni, boleh jadi "duri dalam daging"... kepanasannya mampu membakar apapun.. kepanasannya boleh mencetuskan bukan saja gempa bumi, malah boleh juga mengakibatkan "TSUNAMI"...

Oleh yang demikian, kalau jumpa batu jenis ini, pandai-pandailah jaga diri.....

p/s: seronok main batu seremban.....

Thursday, November 6, 2008

"BIARKAN MEREKA MENARI DI LUAR...."

Teringat zaman sewaktu saya belajar di Universiti dulu. banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan dan semuanya masih segar dalam ingatan saya. betullah kata sesetengah orang, "campus life" memang sangat menyeronokkan. tapi tidak dinafikan, kadangkala ada juga situasi yang membuatkan kita merasa tidak seronok dan gembira, sampaikan terfikir pula untuk berhenti belajar. namun saya amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian saya. yang pasti ilmu itu wajib dituntut...

Mengimbas kembali zaman universiti saya dulu, teringat pula saya kepada Allahyarham Prof. Zainal Abidin, yang mana waktu itu beliau merupakan dekan fakulti di tempat saya belajar... (semoga roh beliau dicucuri rahmat).. beliau merupakan seorang prof yang sangat tegas orangnya... beliau mengajar subjek business & strategic policy. semester 2 tahun akhir saya berada di university, saya perlu mengambil subjek ini dan pastinya saya akan berhadapan dengan beliau sepanjang semester pembelajaran itu. berasa amat gementar pada mulanya, kerana saya tahu beliau seorang yang sangat tegas. bagaimanapun, saya tetap perlu menghadapinya. :)

hari pertama berada di dalam dewan kuliah, beliau telah mengingatkan kami, "saya datang kelas tepat pukul 8.05 pagi. siapa yang datang selepas selepas saya akan terkurung di luar kelas".. maknanya, siapa yang datang lambat, tidak boleh mengikuti kuliah untuk hari tersebut. kuliah berikutnya, saya dan beberapa kawan saya sudah bersedia seawal 7.45 minit pagi di dalam dewan kuliah.. masing-masing berasa lega kerana sampai awal. tapi pada waktu itu, sebahagian besar daripada para pelajar yang mengambil mata pelajaran beliau, masih belum kelihatan, sampailah tepat pukul 8.05 pagi. waktu itu lah prof, muncul dan terus "TICK!" mengunci pintu dewan kuliah. erk! sejurus selepas itu berduyun-duyun lah para pelajar lain yang datang selepas beliau dan mengetuk-ngetuk pintu meminta untuk dibenarkan masuk. masing2 tidak mahu "attendance sheet" mereka kosong. saya dapat melihat dengan jelas kelibat seorang kawan baik saya yang turut berada di luar dewan melalui tingkap kecil pada pintu, mengetuk2 pintu tersebut. (saya rasa macam nak tergelak je waktu itu..)

tapi, Prof dengan selambanya berkata "BIARKAN MEREKA MENARI DI LUAR".... dan terus sahaja meneruskan kuliah... hehehe..

p/s kehadiran saya untuk sepanjang semestar bagi kelas prof, penuh.. fuhh!!

Wednesday, November 5, 2008

coret-coret

hmm.. sudah lama rasanya saya tidak menjengah ke ruangan ini. ruangan di mana saya bebas untuk mengatakan apa sahaja yang saya inginkan. ruangan di mana saya bebas berkarya. ye lah.. walaupun sekadar meletakkan gambar2 kenangan, bercerita tentang memori2, kawan-kawan, suasana di tempat kerja dan sebagainya, itu sudah boleh dianggap karya... karya kecil... sekadar untuk mengisi masa lapang. rasanya tak ramai yang melayari atau melawat blog ini.. ye, sebabnya, entri saya pun banyak yang berkisarkan tentang diri saya, kawan-kawan saya sahaja.. tidak pernah lagi rasanya saya menyentuh soal-soal besar seperti perang dunia ketiga, pilihanraya presiden amerika, krisis ekonomi dan lain-lain.. mungkin kerana, saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang itu semua, ataupun memang saya tidak berminat untuk menulis tentang topik-topik seperti itu..... ada orang suka barcakap tentang politik, ekonomi, sosial... sesetengah orang bila bercakap, kalah perdana menteri... saya amat kagum dengan orang yang boleh menghuraikan sesuatu hingga berjela-jela panjangnya... kalau bertemu dengan orang-orang sebegini... saya bisa jadi terpegun kalau mendengar dia bercakap, kerana kelihatannya dia seperti orang yang cukup berpengalaman.... banyak benar pengetahuan dia.. tentang itu.. tentang ini.... kagum-kagum...

ingin menjadi seperti orang ini.. rasanya saya tidak mampu... kerana saya rasa saya tidak mempunyai bakat untuk berhujah... apatah lagi untuk berbahas. yang saya tahu, saya boleh menyanyi... dan menari.. itu sahajalah agaknya. andai saya dijadikan sebagai manusia yang serba-boleh.. alangkah indahnya hidup.. tapi tidak mengapalah... sekarang ini pun saya sudah cukup berasa bersyukur dengan apa yang saya ada.... cuma, saya masih cuba mengejar impian yang entah bila akan tercapai... ya ALLAH, permudahkanlah jalan ku....

hari ini, saya cuba untuk tidak bercakap soal sepertimana yang selalu saya katakan di blog ini.. saya mencuba lari sedikit dari kebiasaan saya... sekadar mahu mempraktikkan.. siapalah tahu kalau2 selepas ini saya boleh bercakap tentang isu-isu semasa yang lebih luas skop dan perspektifnya.. siapa tahukan??.... tapi sebolehnya saya tidak mahu jadi orang yang hanya tahu bercakap sahaja.... sebab sesetengah orang, bila bercakap.. hebat.. tapi tindakannya sangat bertentangan dengan apa yang diperkatakannya.. inilah ragam manusia.. orang kata, "cakap tak serupa bikin"... betulkah apa yang saya kata ini? mintak maaf kalau tak betul ya wahai pembaca sekalian...

hmm...