Thursday, November 6, 2008

"BIARKAN MEREKA MENARI DI LUAR...."

Teringat zaman sewaktu saya belajar di Universiti dulu. banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan dan semuanya masih segar dalam ingatan saya. betullah kata sesetengah orang, "campus life" memang sangat menyeronokkan. tapi tidak dinafikan, kadangkala ada juga situasi yang membuatkan kita merasa tidak seronok dan gembira, sampaikan terfikir pula untuk berhenti belajar. namun saya amat bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian saya. yang pasti ilmu itu wajib dituntut...

Mengimbas kembali zaman universiti saya dulu, teringat pula saya kepada Allahyarham Prof. Zainal Abidin, yang mana waktu itu beliau merupakan dekan fakulti di tempat saya belajar... (semoga roh beliau dicucuri rahmat).. beliau merupakan seorang prof yang sangat tegas orangnya... beliau mengajar subjek business & strategic policy. semester 2 tahun akhir saya berada di university, saya perlu mengambil subjek ini dan pastinya saya akan berhadapan dengan beliau sepanjang semester pembelajaran itu. berasa amat gementar pada mulanya, kerana saya tahu beliau seorang yang sangat tegas. bagaimanapun, saya tetap perlu menghadapinya. :)

hari pertama berada di dalam dewan kuliah, beliau telah mengingatkan kami, "saya datang kelas tepat pukul 8.05 pagi. siapa yang datang selepas selepas saya akan terkurung di luar kelas".. maknanya, siapa yang datang lambat, tidak boleh mengikuti kuliah untuk hari tersebut. kuliah berikutnya, saya dan beberapa kawan saya sudah bersedia seawal 7.45 minit pagi di dalam dewan kuliah.. masing-masing berasa lega kerana sampai awal. tapi pada waktu itu, sebahagian besar daripada para pelajar yang mengambil mata pelajaran beliau, masih belum kelihatan, sampailah tepat pukul 8.05 pagi. waktu itu lah prof, muncul dan terus "TICK!" mengunci pintu dewan kuliah. erk! sejurus selepas itu berduyun-duyun lah para pelajar lain yang datang selepas beliau dan mengetuk-ngetuk pintu meminta untuk dibenarkan masuk. masing2 tidak mahu "attendance sheet" mereka kosong. saya dapat melihat dengan jelas kelibat seorang kawan baik saya yang turut berada di luar dewan melalui tingkap kecil pada pintu, mengetuk2 pintu tersebut. (saya rasa macam nak tergelak je waktu itu..)

tapi, Prof dengan selambanya berkata "BIARKAN MEREKA MENARI DI LUAR".... dan terus sahaja meneruskan kuliah... hehehe..

p/s kehadiran saya untuk sepanjang semestar bagi kelas prof, penuh.. fuhh!!

1 comment:

Anonymous said...

hahahaha .... oiiii, nostalgic nyew cita ni .. Al-fatihah tuk prof. Kenangan yg aku x leh lupa sal prof masa dia gtau kita camna nak nilai sorang laki tu. and satu part tu dia sebut tgok kasut yg laki tu pakai ... and aku dgn "bangganya" memanjangkan leher aku g tengok kasut dia!!!1

muhahhahaha .... aku x sangka laks dia pasan n dak2 lain lam kelas kita tu pasan aku nyer aksi "terlampau" waktu tuh!!!! muhahahha .. kena aku sebijik .." jgn tgok kasut saya ... korank x mampu beli ni"

hohohoho

akue_iyah