Thursday, October 23, 2008

I hate this...

Manusia..

Satu ciptaan hebat dari yang maha esa... didatangkan dengan pakej lengkap, wajah, rupe, warna kulit dan akal dan sebagainya... tidak hairan lah mengapa manusia itu dianggap ciptaan Allah yang terhebat... kerana mereka mampu melakukan banyak perkara... membina tamadun, membangunkan sesebuah negara, mencipta teknologi berlandaskan ilmu... hebat...

Dengan akal, mereka mampu mewujudkan keajaiabn2 yang tidak pernah terbayangkan oleh kita.. itulah dia.. semakin cepat waktu beredar, zaman pula terus berubah, manusia tetap dengan keinginan mereka untuk mencapai sesuatu yang di luar jangkaan..

Kemampuan berasimilasi, beradaptasi dengan alam menjadikan mereka ini, kelompok ciptaan yang mampu "menembusi ruang waktu"... daa!!..

Tapi.. ada pulak di kalangan manusia ini.. yang mempunyai sifat dan sikap yang kadangkala membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa dan sebolehnya mahu menjauhkan diri dari keadaan yang sangat tidak menyelesakan... namun, sesetengah orang tidak mampu "melarikan diri" dari situasi dan keadaan seumpama itu..

Apabila berbicara tentang sikap manusia ini.. kita akan temui bermacam2 gaya dan fe'el yang sebahagian besarnya mampu menjadikan hidup kita haru biru... antaranya.. hipokrit, talam dua muke, dalam ertikata lain, PLASTIK @ PLASTIC..................

Manusia seperti ini, mampu mencairkan hati dan perasaan kita dengan sikap kepura-puraan yang dipamerkan... sampaikan seolahnya mata kita tertutup hingga tidak mampu melihat dan mengenalpasti apa2 dek termakan dengan lakonan dan aksi yang apabila difikirkan semula, amatlah menjengkelkan... dangkal sungguh pemikiran orang seperti ini...

Justeru..

Berhati-hatilah.. hidup ini sememangnya indah.. tapi akan lebih indah jika orang2 seperti ini, tidak wujud.... kerna ketidakwujudan mereka itu mampu menceriakan hidup serta menghamparkan ketenangan buat kita....

daa!!!

1 comment:

Anonymous said...

errrrrrrrrrmmmmmmmm....